Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) dengan kerjasama LADA telah mengadakan Program ‘Kuah Down The Memory Lane Walk’ pada 6 Januari 2020. Program yang diadakan sebanyak 2 sesi iaitu 7.30am dan 4.30pm ini telah melibatkan seramai 140 orang wakil jabatan, NGO serta pemain industri pelancongan di Langkawi.
Program ini turut disertai oleh YBhg. Dr Hezri Bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan serta memberikan informasi berkaitan budaya, warisan dan sejarah sekitar Kuah khususnya dan seluruh Langkawi secara amnya.
Program ini akan dikembangkan dan diangkat menjadi produk pelancongan terbaru untuk ditawarkan kepada pelancong yang datang ke Langkawi.