MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KOLABORASI TM ONE DENGAN LADA DAN RAKAN STRATEGIK YANG LAIN

Satu sesi ramah mesra di antara TM One dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah berlangsung pada 12 Januari 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg. Dr. Hezri Adnan di Kompleks LADA. TM One telah diwakili oleh Puan Anis Ahmad Ibrahim, State General Manager Kedah/Perlis, Puan Zurina Rahim, State Business Support Manager, Puan Noridah Bachik, PR State Manager, Encik Mohd Shukri Ismail, TM One Account Manager Kedah/Perlis dan Cik Azlina Ahmad, ZBC Head Langkawi telah menghadiri sesi ramah mesra tersebut dimana agenda utamanya adalah untuk membincangkan berkaitan pelaksanaan TM 5G Demonstration Project bersama YBhg. Dr. KPE LADA.
Pada sebelah petangnya pula, bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & SPA, Langkawi telah diadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi TM One dengan rakan strategik yang lain dan ianya merupakan satu jalinan kerjasama untuk memastikan Langkawi sebagai peneraju 5G negara. Antara rakan strategik tersebut termasuklah LADA, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Adya Hotel, Nadias Hotel, HIG Hotel, The Loaf dan Artisan Pizza.