Taman Agroteknologi MARDI Langkawi merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ianya sering menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara. Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Terkenal dengan ladang buah buahan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bercirikan komersil.
Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada. Setelah penat melihat keseluruhan kawasan taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.
Yang menariknya di sini, kakitangan Taman ini akan mengambil daun kelapa dan mengubahnya menjadi sesuatu benda untuk diberikan kepada pengunjung yang datang. Jangan lepaskan peluang untuk ke MARDI Langkawi bagi mengalami pengalaman agro terindah di Langkawi.