Jom memeriahkan World Hospitality, Lifestyle And Entertainment Exhibition & Conference (WHOLE 2020) di Setia SPICE Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada hari ini. Ia merupakan pameran perdagangan antarabangsa dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga termasuklah jualan-jualan produk, pakej pelancongan, bilik penginapan dan pelbagai lagi!
Pavilion LADA menanti anda dengan jualan produk tempatan Langkawi seperti Kopi Periuk Tanak, Gel Bidara, Kraf Berasaskan Mengkuang, Biskut Gamat dan Produk Berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO). Selain itu, terdapat promosi pakej pelancongan untuk tempat-tempat tarikan pelancongan terkemuka Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, The Gemalai Laman Padi, Cable Car Langkawi, Skybridge dan Taman Paya Bakau Kilim.
Hari ini merupakan hari terakhir dan dibuka kepada pengunjung sehingga jam 6 petang sahaja..jadi apa tunggu lagi, jom kita ke Setia SPICE Convention Centre!
#WHOLE2020
#langkawigeoparkdiscoverycentre
#LADA
#JomCutiCutiMalaysia