LADA telah menerima penganugerahan di IBR Global Maritime and Aerospace Awards 2023 bagi kategori “Government Service Delivery for MICE Tourism Promotion Strategies”.

Majlis gilang-gemilang ini telah diadakan pada 26 Mei 2023 bertempat di Ballroom, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dan diwakili oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Melalui penganugerahan ini, LADA telah membuktikan bahawa LADA bukan sahaja agensi peneraju di Langkawi malah diiktiraf di pasaran global selaras dengan fungsinya dalam membangunkan Langkawi khususnya dalam sektor pelancongan dan dalam masa yang sama menitikberatkan kelestarian alam & kepentingan komuniti.

Semoga dengan pengiktirafan ini, LADA akan terus maju dalam membangunkan Pulau Langkawi Permata Kedah sebagai hub MICE di rantau Asia Tenggara.