22 Jun 2020
Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi telah diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA pada 31 Mei 2020. Justeru, strategi pembukaan peluang ekonomi baru diperkenalkan bagi membantu warga Langkawi menggunakan ‘platform’ digital untuk menjana pendapatan.
LADA bersama SKMM akan menganjurkan kursus dan latihan berkaitan. Warga Langkawi yang berminat boleh mengemukakan permohonan berkaitan melalui emel pelaburan@lada.gov.my atau secara terus ke Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan LADA.
#PelanTindakanPemulihanEkonomiLangkawi
#KitaJagaLGKW