23 Disember 2019, berlangsungnya Assembly Of Langkawi Frontliners (4/2019). Perjumpaan ini merupakan satu platform yang diusahakan bagi membincangkan isu dan penyelesaian kepada perkara-perkara yang melibatkan industri pelancongan Langkawi. Terdapat 11 isu berbangkit daripada sesi sebelum ini telah diambil tindakan oleh pihak-pihak berkaitan. Pada kali ini, dua usul utama dan perancangan bagi aktiviti pelancongan Langkawi telah dibentangkan dengan semua wakil jabatan dan pemain industri yang terlibat. Berikut adalah usul dan cadangan yang dimaksudkan:
1. Cadangan Program Promosi Langkawi Travel Fair 2020 (Pasaran Domestik)
2. Majlis Pelancaran ‘Calendar of Event’ 2020
Selain itu, beberapa pengumuman turut dibuat bagi menyalurkan maklumat berkaitan Sambutan Kedatangan Pelancong Ke Langkawi sempena VMY2020, Kuah Heritage Walk dan pembukaan Geopark Discovery Center.
Sesi kali ini disertai oleh hampir 40 orang wakil agensi dan pemain industri.
Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usahasama semua dapat memberikan kejayaan dalam memastikan kecemerlangan Langkawi sebagai salah satu destinasi utama pelancongan dunia.