Pada 19 Februari 2020, berlangsungnya ‘Assembly Of Langkawi Frontliners Session 1/2020’
Sesi ini merupakan sesi pertama bagi tahun 2020. ALF merupakan platform yang diwujudkan oleh LADA untuk memberi peluang kepada pemain industri pelancongan di Langkawi untuk mengetengahkan sebarang isu serta memberikan maklumbalas berkaitan industri pelancongan di Langkawi. Sesi ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Turut hadir bagi berkongsi idea adalah YB Juhari Bulat, ADUN Ayer Hangat, pegawai-pegawai LADA serta lebih kurang 50 orang pemain industri Langkawi. Antara perkara yang dibincangkan dan dikongsikan adalah seperti berikut:
I) Status terkini/impak corona virus dan langkah pencegahan di pintu masuk utama serta kawasan tumpuan di Langkawi
II) Quick Win/Action Plan bagi mengatasi impak convid-19
Pemakluman :
III) 56th APEC Tourism Working Group Meeting dan 11th APEC Ministers Meeting
IV) Program Promosi Antarabangsa (Feb, Mac, April) dan
V) Sand Bar Walk oleh Tn Rhu Resort
Sesi ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi menjaga kesejahteraan industri pelancongan Langkawi.