Usaha menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi diteruskan oleh LADA secara berperingkat bagi membantu mereka menghadapi cabaran wabak COVID-19.

Kali ini seramai 46 orang pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Pelancongan Kuah telah menerima sumbangan Bakul Prihatin CSR LADA.

Sesi sumbangan ini diselaraskan oleh Persatuan Pengusaha Bot Kuah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dilaksanakan secara pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

LADA mendoakan agar semua pihak termasuklah pemain industri pelancongan terus diberi kekuatan bagi mendepani cabaran wabak ini.

#DemiLangkawi
#CSRLADA
#KitaJagaKita
#PatuhiSOP