Bekas pramugara Encik Muhammad Firdaus bin Jamaludin telah bangkit menceburi bidang baru iaitu projek tanaman rock melon atau tembikai wangi secara fertigasi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian bukanlah menjadi alasan untuk beliau berputus asa. Malah, beliau tekad untuk bangkit dan mencari ilmu dengan mendalami Kursus Pengurusan Tanaman Fertigasi Rock Melon.

Beliau menerima bantuan memulakan perniagaan di bawah Peluang Ekonomi Baru (PEB), Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) LADA dan sedang berusaha menambah jumlah pot tanaman. Berpandukan keazaman Encik Muhammad Firdaus dalam memperkenalkan semula tembikai wangi baka Golden Langkawi secara komersial, sama-samalah kita menyokong perjalanan beliau agar berjaya dalam usaha pertanian ini.

#LangkawiBangkit
#UsahawanLangkawi
#PeluangEkonomiBaru
#PEB
#HELANG
#LADA
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PerangiCOVID19
#KitaSelamatkanLangkawi
#OrangLangkawi
#LangkawiLuarBiasa
#KitaJagaLangkawi