SWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Langkawi telah turut serta dalam program “Beach Clean Up and Waste Management” anjuran oleh AIESEC bertempat di Pantai Nelayan Pasir Hitam Langkawi. Kehadiran turut serta oleh pelajar-pelajar di SKJ(C) Min Nam dan Sekolah Kebangsaan Bayas seramai 60 orang dan 8 orang guru.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dengan mengadakan taklimat kesedaran awam dan amalan 3R, kutipan bahan kitar semula di persisir pantai nelayan Teluk Yu dan Audit sisa.

Beberapa kriteria utama seperti berat Barangan Kitar Semula terkumpul, komitmen, inisiatif dan inovasi warga sekolah dalam menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti pembudayaan 3R serta inovasi barang Kitar Semula daripada bahan terpakai. Antara objektif adalah :-

1. Menyediakan platform kepada pihak sekolah untuk menjadi peneraju amalan 3R terhadap masyarakat.
2. Mendidik pelajar supaya menghargai Sisa Pepejal sebagai sumber ekonomi
3. Menerapkan budaya mencintai kebersihan persekitaran melalui amalan 3R dalam kalangan warga sekolah.
Secara tidak langsung, para pelajar dapat didedahkan dengan amalan 3R dan isu-isu berkaitan penjagaan alam sekitar.

#StrongerTogether #DemiPertiwi #MalaysiaBersihIndahSejahtera