Langkawi, 28 Januari 2022 – Bagi memantapkan pengurusan dan memaksimumkan potensi aset sedia ada milik LADA, satu bengkel khas telah diadakan pada 27 dan 28 Januari 2022. Bengkel ini disertai oleh barisan pengurusan LADA bersama dua orang Ahli Jemaah Pengarah LADA, iaitu YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Dato’ Suhara binti Salleh, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia.
Sesi percambahan minda ini berjaya merangka dasar strategik pengurusan aset-aset tak alih yang melibatkan tanah, bangunan, produk pelancongan dan infrastruktur milik LADA.
Melalui sesi ini, dua dokumen dasar telah dihasilkan iaitu Dasar Strategik Pelaburan & Pengurusan Aset (DSPPA) dan Pelan Hala Tuju Pengurusan Aset Tak Alih (PROMAP). Dokumen-dokumen ini akan menjadi rujukan utama dalam membentuk pengurusan aset LADA yang strategik, cekap dan bersepadu.