Bengkel Mini Terrarium: Dunia Hijau Dalam Balang telah berlangsung dengan jayanya di Ruang Daya Cipta (RDC) Langkawi, Kedah. Seramai 17 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur telah terlibat di dalam bengkel ini.
Bengkel ini juga telah dikendalikan oleh seorang pereka seni terrarium yang berpengalaman iaitu Encik.Muhammad Syafiq Bin Mohd Sabri yang berkongsi teknik asas pembuatan terrarium, termasuklah pemilihan tumbuhan, susun atur kreatif dan kaedah penjagaan yang betul.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menyemai minat komuniti terhadap dunia hijau sekaligus dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam di Pulau Langkawi selaras dengan matlamat LADA dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk memperkenalkan konsep kraf alam semulajadi kepada lebih ramai orang dan membudayakan inovasi dan kreativiti di dalam komuniti.