Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), LADA dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah/Perlis telah melaksanakan Bengkel Pelupusan Rekod pada 21 & 22 Februari 2023 sebagai salah satu langkah ke arah pelaksanaan pelupusan rekod pada tahun 2023.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi kefahaman yang jelas berkaitan tatacara yang betul dalam pelupusan fail dan rekod Jabatan bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan memantapkan aspek pengurusan rekod LADA.

Bengkel ini melibatkan seramai 36 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang mengurus dan mengendalikan fail dan rekod di Bahagian/Unit di LADA. Sebanyak 3,500 buah fail yang telah mematuhi tempoh pengekalan (simpanan) di LADA telah dikenalpasti untuk dilupuskan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.