Langkawi, 23 Januari 2024 – Bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan telah diadakan di Dewan Besar, Aras M2 Kompleks LADA. Bengkel ini merupakan kerjasama di antara LADA dengan pihak Maxis dan telah dikendalikan oleh Encik Zain Amri dan Encik Herman Mizar Azmi.
Seramai 36 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan mereka terdiri daripada usahawan Langkawi yang menjalankan pelbagai bisnes seperti makanan, pakaian, kosmetik, agensi pelancongan, perhotelan dan sebagainya.
Melalui bengkel ini, peserta telah diberi pendedahan ilmu yang merangkumi strategi pemasaran digital, penyuntingan gambar dan rekabentuk grafik, penulisan dan perancangan kempen atau iklan. Selain itu, booth juga dibuka untuk mempromosikan produk dan pakej-pakej yang menarik daripada Maxis.
Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan yang hadir dan membantu mereka dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang pemasaran digital.
#lada #LangkawiDevelopmentAuthority #digitalmarketing #MAXISMALAYSIA