21 Disember 2019, berlangsungnya Chenang Nite Run & Ride 2019. Acara ini merupakan acara pelancongan di bawah kolaborasi utama antara LADA dan Persatuan Pelancongan Langkawi. Acara ini turut melibatkan kerjasama daripada pihak Kerajaan dan swasta. Chenang Nite Run & Ride 2019 merupakan acara pertama yang menggabungkan sukan larian dan berbasikal di waktu malam dalam satu masa. Dianggarkan seramai 1000 peserta menyertai acara ini yang menawarkan acara larian bagi 6km dan berbasikal sejauh 40km. Selain daripada itu, terdapat juga program sampingan yang turut memeriahkan program iaitu, promo gambit oleh pemain industri dari Langkawi seperti Nadias Inn, Kampung Excursion, LUGGP Run 2020, Croc Adventure Land ‘Jurassic Croc’, LUGGp International Rugby Championship. Acara ini merupakan salah satu acara bagi menyemarakkan penghayatan VMY2020. Ianya dilihat dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Langkawi dan memberi manfaat kepada masyarakat Langkawi secara tidak langsung. Majlis perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh En. Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, diiringi YBrs. Tuan Haji Zepri bin Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, LADA bersama En. Shukor Bahari, Wakil Pejabat Parlimen Langkawi.