LADA menerusi Unit Undang-undang dengan kolaborasi Bahagian Pelaburan & Pemudahcara Perniagaan, Unit Latihan & Kompetensi serta Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd hari ini telah menganjurkan Continuous Legal Education Programme (CLEP) Siri ke-2 bagi tahun 2022 bertempat di The Chamber Ballroom, Dash Resort Hotel, Langkawi.
Pengisian program memberi fokus mengenai kemahiran berunding sebelum pihak-pihak memasuki kontrak dengan tajuk “The Art of Negotiation, Who Will Win?”.
Jemputan panel penceramah CLEP pada kali ini adalah daripada panel peguam LADA iaitu Tetuan Norashikin, Yong & Partners yang mempunyai kepakaran di dalam mengendalikan kes-kes conveyancing seperti sewaan, pajakan, perkongsian pintar dan lain-lain perjanjian berkaitan pengurusan hartanah.
Kemahiran dan idea kreatif setiap peserta di dalam rundingan dapat dilihat melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti berkumpulan yang mana peserta-peserta telah diberikan tugasan untuk berunding berdasarkan kes dan senario semasa di LADA.
Semoga semua peserta memperoleh manfaat daripada pelaksanaan CLEP kali ini.