Langkawi, 24 Oktober 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah menyampaikan sumbangan peralatan bagi kegunaan pengurusan jenazah mangsa COVID-19 kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi. Sesi penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan sumbangan berkenaan telah diterima oleh Kapten (PA) Ahmad Shahfikri bin Darus, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi.

Semoga peralatan yang disumbangkan akan dapat membantu anggota APM melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi kebajikan dan kesejahteraan komuniti Langkawi.

#KomunitiSejahtera
#CSRLADA
#KitaJagaKita
#DemiLangkawi