Program School to Geopark: Salah satu cara dalam memanjangkan jangka hayat pendidikan Geopark adalah dengan mendapat penyertaan berterusan daripada komuniti dalam semua program pendidikan yang dijalankan; terutamanya melalui pendekatan pendidikan prasekolah. Langkawi UNESCO Global Geopark menawarkan pengalaman ‘pembelajaran sepanjang hayat’ bukan sahaja kepada penduduk dan pelawat/pelancong tetapi juga kepada pelajar-pelajar tadika.

Bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kita perlu memupuk sikap positif dalam hati dan minda anak-anak ini sejak kecil lagi dan menggalakkan mereka untuk lebih memahami dalam menjaga dan memelihara keajaiban alam yang terdapat pada pulau kita.

Sekitar 30 murid dan guru prasekolah Kilim telah melawat Langkawi Geopark Discovery Centre. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Renjer Geopark yang bertugas di pusat tersebut. Pelajar juga dibawa bersama ke Santuari Bakau yang baru dibaik pulih di mana mereka telah mempelajari kira-kira 10 spesies pokok bakau yang terdapat di kawasan itu.