Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima kunjungan daripada Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat Selangor. Seramai 120 orang delegasi telah hadir, diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor.

Langkawi UNESCO Global Geopark telah dipilih sebagai destinasi rujukan Geopark Gombak selama 3 hari bermula 15-17 Februari 2023. Pelbagai pertukaran idea, pengalaman dan amalan terbaik telah dikongsi yang merangkumi segmen Geologi, Budaya, Warisan, Komuniti dan strategi mempromosikan Geopelancongan.