IAME Asia Final 2019 @ Morac Adventure Park Langkawi
LMK PTE LTD & 9TRO PTE LTD telah menganjurkan Kejohanan Go Cart IAME Asia Final bertempat di MORAC Adventure Park, Langkawi pada 16 dan 17 November 2019. IAME Asia Series (ISA) adalah merupakan siri karting terbesar Asia yang mengadakan perlumbaan peringkat profesional di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Penganjuran acara seperti ini akan membantu mempromosikan Langkawi sebagai destinasi bagi penganjuran acara sukan utama di rantau ini.