Gotong Royong Pengindahan Laman Padi Fasa Pertama telah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Ogos 2022. Gotong royong ini melibatkan kakitangan LADA dan dibantu oleh kakitangan Restoran Kerisik serta kakitangan cuci bersih yang menumpukan kerja-kerja mengecat tiang, bebendul jalan dan memperkemas tempat meletak kenderaan di Laman Padi. Matlamat utama gotong royong adalah untuk mengindahkan dan meningkatkan aspek kebersihan kawasan Laman Padi sebagai satu tempat pelancongan utama di Langkawi.