LADA mengalu-alukan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjayakan Program Idaman Geosite Clean Up ke-100 di pantai terpencil berdekatan Pantai Pasir Panjang pada April yang lalu.
Pelajar jurusan pelancongan ini mengumpul kira-kira 300 kilogram sisa plastik di sepanjang pesisir pantai. Mereka menginap selama 3 hari di Langkawi untuk mengumpul sampel data bagi salah satu kursus lestari yang mereka pelajari dan melawat ke Langkawi Geopark Discovery Centre sebelum pulang.
Terima kasih kepada UIAM kerana menyokong usaha LADA sebagai penjaga UNESCO Global Geopark di Langkawi untuk mengurangkan jumlah sampah terapung yang ditemui di perairan Pulau Langkawi. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan pulau tersebut agar kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.
Geovolunteers kami telah memberi taklimat tentang Langkawi UNESCO Global Geopark dan betapa pentingnya memelihara dan melindungi keajaiban alam yang ada di sini.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
Datang dan sertai kami untuk membersihkan Pulau Langkawi.
Lebih ramai lebih meriah !!
#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#LangkawiBestWey