Pada Program IGSC minggu ini, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bekerjasama dengan MR DIY GROUP M BHD yang datang ke pulau ini untuk menyertai program tersebut di Pantai Teluk Mempelam bagi meningkatkan kesedaran terhadap usaha mengurangkan pencemaran laut. Lebih kurang 200 kg sisa marin yang terdiri daripada botol plastik, styrofoam, pembalut makanan dan alat memancing telah dikumpulkan oleh 25 peserta. Sebelum itu, taklimat ringkas telah diberikan mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan dari MR. DIY GROUP M BHD atas sokongan terhadap usaha LADA sebagai penjaga UNESCO Global Geopark di Langkawi untuk mengurangkan jumlah sampah terapung yang ditemui di perairan pulau ini. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan Pulau Langkawi agar tetap menarik bagi keselesaan pelancong dan penduduk tempatan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
Jom bersama kami untuk membersihkan Pulau Langkawi.

Lebih ramai, lebih meriah!

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#LangkawiBestWey