Program mingguan IGSC anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama E-Idaman telah menjadi tuan rumah kepada 38 pelajar dan pensyarah Kolej Politeknik Kuching, Sarawak di Pulau Intan Besar (dahulunya dikenali sebagai Pulau Kentut Besar) di mana mereka berjaya mengumpul sekitar 200 kg sisa plastik sekitar kawasan tersebut.

Pulau Intan Besar terletak di sudut barat daya Pulau Langkawi dan masih tidak disentuh oleh sebarang campur tangan manusia. Masih terdapat banyak pokok-pokok bakau dan pokok terestrial yang boleh ditemui di pulau itu.

Pasukan geovolunteers telah memberi taklimat tentang Langkawi UNESCO Global Geopark dan kepentingan memelihara dan melindungi keajaiban alam yang terdapat di pulau ini.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Tahniah kepada Politeknik Kuching!

Program IGSC anjuran LADA setiap minggu merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan jumlah sampah terapung yang terdapat di perairan Langkawi UNESCO Global Geopark. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan pulau tersebut agar kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.

Datang dan sertai kami untuk membersihkan pulau kami.

Lebih ramai lebih meriah!!

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#LangkawiBestWey