LADA telah bekerjasama dengan rakan kongsi, E-Idaman Sdn. Bhd. & Geovolunteers dari PPL Lestari, UKM dan UniMAP bagi program Idaman Geosite Clean Up (IGSC) yang ke-99 untuk membersihkan sekitar 100 kg sisa plastik di Pantai Pasir Panjang yang terletak di Langkawi UNESCO Global Geopark.

Artis tempatan, pemuzik, pelakon dan pelajar dari institusi ini telah datang ke Langkawi bagi program ‘Gerak Simfoni Alam’ mereka di Kampung KEDA Wang Tok Rendong sebelum ini, di mana mereka mengadakan bengkel muzik dan persembahan bersama penduduk tempatan di sana.

Mereka juga telah membantu dan menyokong usaha LADA untuk menjaga UNESCO Global Geopark di Langkawi dengan mengurangkan jumlah sampah terapung yang ditemui di perairan pulau ini. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan Pulau Langkawi agar kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.

Geovolunteers telah memberikan taklimat mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark dan betapa pentingnya memelihara seta melindungi keajaiban alam yang ada di sini.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Datang dan sertai kami untuk membersihkan perairan di sekitar Pulau Langkawi.

Lebih ramai lebih meriah !!

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#LangkawiBestWey