JELAJAH RAMADHAN 2021 (SIRI 1) DENGAN KERJASAMA PANORAMA LANGKAWI SDN. BHD. (PLSB)

‘Menyantuni komuniti dan asnaf, itulah hasrat kami pada Ramadhan yang mulia ini.’

Kata YBrs. Tuan Haji Rohaizad bin Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA semasa menghadiri Program Jelajah Ramadhan 2021 di Masjid Jamek Kampung Kok, Langkawi. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama anak syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. serta Jawatankuasa Masjid dan kariah di kawasan tersebut. Seramai 30 orang penerima asnaf telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan juga barangan keperluan asas yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Ketua Pegawai Operasi PLSB.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima seterusnya mengeratkan lagi silaturrahim antara LADA, anak syarikat dan komuniti Langkawi.

#KitaJagaLangkawi
#KomunitiSejahtera
#DemiLangkawi