PROJEK SULUNG LADA DENGAN KERJASAMA MASYARAKAT LANGKAWI UNTUK MENJANA EKONOMI LANGKAWI

JUALAN DURIAN RUNTUH DI PEKAN RABU

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama LADA Eco Sdn Bhd (LETSB) dan Koperasi Peniaga Pasar Malam Langkawi, Kedah (KOSALAM) akan mengadakan jualan buah Durian pada harga yang amat menarik bertempat di Pekan Rabu, Langkawi yang akan bermula dari 5 sehingga 7 Jun 2020, (10.00 pagi – 10.00 malam). Inisiatif ini adalah sebahagian dari Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi (PTPEL) yang diumumkan oleh YBhg. Dr Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA pada 31 Mei lalu melalui Strategi Pembukaan Peluang Menjana Ekonomi Baru.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menjana semula ekonomi pulau ini, yang mana peniaga turut boleh mendapatkan durian dengan harga yang lebih murah untuk dijual semula di sekitar Langkawi. Sebanyak hampir 2 tan buah durian yang dijangkakan tiba di Langkawi pada 4 Jun. Pelbagai jenis durian telah dibawa masuk dari Pulau Pinang berbekalkan modal pusingan dari LADA melalui LADA Eco Tourism Sdn Bhd.

Diantara jenis durian yang akan mendapat perhatian ialah Musang King, Udang Merah, Durian Kampung, Horlor dan juga Isi oren. Jumpa anda di Pekan Rabu!! Pengunjung adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.

*Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Aisyah: 019-9100011.