Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) Langkawi 2022 telah berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Sebanyak 11 pasukan remaja negeri termasuk pasukan remaja kebangsaan telah menyertai kejohanan ini. JCM Stage Race kali ini menampilkan perlumbaan 3 peringkat dengan keseluruhan jarak 162km dimana pelumba menempuhi kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi pada 12 dan 13 Ogos 2022 serta peringkat ke-3 di Kompleks Sukan Langkawi (KSL) pada hari Ahad, 14hb Ogos 2022. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengcungkil seberapa ramai bakat-bakat baru dalam sukan berbasikal dari peringkat akar umbi.