Kejohanan Sepak Raga Tuju Terbuka Langkawi Piala LADA 2022 telah berlangsung pada 21 dan 22 Oktober 2022 bertempat di Parkir Laman Jati, Langkawi.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Kelab Sepak Raga Buluh Kuning Long Jiwa (KEJIWA) telah disertai oleh 64 buah pasukan termasuk dari luar Langkawi.
Kejohanan ini telah menyaksikan pasukan Kulim dan Kejiwa@TTwangsa bersetuju untuk berkongsi hadiah wang tunai bagi tempat pertama bersama memandangkan perlawanan telah berlangsung menghampiri waktu Maghrib.
Manakala pasukan Badang Star dan Puskam pula berkongsi tempat tiga bersama. Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pihak KEJIWA dan semua peserta yang telah memeriahkan ekonomi pelancongan Pulau Langkawi.