Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi dengan jayanya telah menganjurkan Kem Rintis Anak Harapan Langkawi pada 3 hingga 5 November 2019 bertempat di Rasa Senang Villa, Pantai Chenang Langkawi yang melibatkan 120 orang peserta daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Kepulauan Tuba. Program ini merupakan salah satu initiatif yang telah dirangka di bawah Program RINTIS 2019 di mana Pulau Langkawi telah dipilih sebagai ‘Pilot Project’ bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, bahan dan pelencongan sosial secara holistik oleh AADK Malaysia.

Penganjuran program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran serta jatidiri pelajar mengenai matlamat kehidupan serta menjauhi bahan terlarang dan pelencongan sosial. Seperti yang kita sedia maklum, golongan belia dan remaja merupakan aset negara yang akan menentukan kesejahteraan dan kemakmuran pada masa hadapan.

Antara pengisian kem rintis ini ialah ice breaking, ceramah & aktiviti interaktif, latihan dalam kumpulan, aktiviti riadah, persembahan, janjiku dan lawatan kembara ilmu ke Cable Car Langkawi.