Wakil dari LADA, syarikat Panorama Langkawi dan syarikat Mega Watersports Langkawi telah membuat kunjungan hormat bertemu Tourism Malaysia cawangan Amsterdam yang diketuai oleh Pengarahnya Puan Sharifah Hafsya bagi membincangkan strategi lanjut dan kerjasama di dalam membawa masuk pelancong daripada Netherlands ke Langkawi. Perbincangan ini juga ditambah nilai dengan bertemu agensi pelancongan yang berpotensi daripada Netherlands. Pihak Tourism Malaysia Amsterdam dengan kerjasama LADA akan membawa masuk ejen pelancongan bagi Fam Trip pada Oktober 2023.

Susulan daripada itu, pihak LADA juga merancang beberapa strategi promosi untuk menarik pelancong daripada negara Netherlands, Belgium dan negara-negara Nordic ke Langkawi pada masa akan datang. Insentif Penerbangan Sewa Khas ke Langkawi dan Insentif MICE turut ditawarkan oleh LADA kepada agen atau syarikat perancangan penerbangan yang berpotensi membawa masuk pelancong ke Langkawi. Berdasarkan rekod statistik 2019, Netherlands adalah di antara 10 pasaran yang tertinggi melancong ke Langkawi dengan 33,209 orang pelancong iaitu dengan RM102,947,900.00 nilai pendapatan kepada Langkawi.