Kumpulan MICE daripada MAB Kargo Sdn Bhd telah tiba di Langkawi seramai 90 orang bagi mengadakan persidangan yang menemukan kesemua cawangan MASCargo dari Malaysia dan seluruh dunia. Kumpulan ini tiba di Langkawi pada 14 hingga 18 Februari 2023 dan menginap di Park Royal Langkawi Resort selama 5 hari 4 malam.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tajaan persembahan busking daripada buskers Langkawi. Kumpulan seumpama ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa untuk melancong semula ke Langkawi dengan mengamalkan norma baharu sekaligus dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi pada tahun 2023 dengan sasaran kedatangan pelancong sebanyak 3.2 juta orang.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99MagicalIsland