Langkawi – Syarikat agensi pelancongan Universal Holidays Travel & Tourism telah membawa masuk kumpulan MICE daripada Phoenix Battery Pakistan seramai 250 orang di Langkawi pada 26 hingga 29 Januari 2023 dan menginap di Pelangi Beach Resort selama 4 hari 3 malam di pulau ini.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tiket masuk ke Langkawi SkyCab. Kehadiran kumpulan ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi penduduk tempatan dan pemain industri pelancongan.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99magicalislands