Langkawi, 10 April 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima kunjungan hormat delegasi Agensi Nuklear Malaysia (ANM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Rahim bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi). Melalui kunjungan hormat ini, ANM turut menyampaikan sumbangan benih padi IS21 (Padi Nuklear) sebanyak 60 kilogram untuk disemai di Laman Padi, Langkawi. Selain itu, antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah potensi kerjasama antara LADA dan ANM pada masa hadapan.

Benih padi IS21 ini dihasilkan melalui kaedah biak baka mutasi aruhan ke atas padi MR 219 menggunakan teknologi sinaran gamma. Benih padi ini istimewa berdasarkan ciri-cirinya yang tahan cuaca ekstrem, rintang terhadap penyakit padi dan mampu meningkatkan hasil tuaian padi sehingga 40 ke 67 peratus.