Langkawi, 25 Januari 2022 – Kursus Aplikasi Teknologi Retort, Teknik Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan telah diadakan pada 24 dan 25 Januari 2022 bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Seramai 41 orang usahawan Langkawi telah menyertai kursus yang dianjurkan dengan kerjasama syarikat Makk Minah Enterprise dan Alazat Resources ini.

Kursus ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan kemampuan teknologi retort dalam meningkatkan jangka hayat produk melalui proses perawatan haba.

Peserta dapat menimba manfaat menerusi latihan dan pengetahuan baru berkaitan kaedah pembungkusan yang berkualiti bagi menambah baik pembungkusan produk masing-masing. Semoga kursus ini menjadi pendorong kepada semua usahawan Langkawi untuk meningkatkan lagi mutu penghasilan produk mereka, menjadikan kesemuanya lebih berdaya saing.

#TeknologiRetort
#KitaJagaLangkawi
#JomTambahIlmu
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA