Pada 11-12 April 2021, LADA melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah menganjurkan Kursus Aplikasi Teknologi Retort kepada 34 orang usahawan/peniaga kecil di Langkawi bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek Ekonomi Baru di bawah Pelan Halu Tuju Langkawi (HELANG) yang telah dilancarkan pada 31 Mei 2020.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dengan asas-asas teknologi pemprosesan serta pembungkusan sesuatu produk makanan dan minuman yang mampu bertahan sehingga dua tahun. Selain itu, peserta juga telah diberi pendedahan secara dekat dengan melihat proses pembungkusan yang boleh diaplikasikan kepada produk keluaran usahawan/peniaga kecil bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan berdaya saing.