Langkawi, 04 April 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Kursus Asas Canva bertempat di Ruang Daya Cipta, Kompleks LADA. Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Langkawi Tourism Academy@ Kolej Komuniti iaitu Puan Noorhanani Binti Harun. Kursus ini telah disertai oleh seramai 18 orang yang terdiri daripada kakitangan LADA dan usahawan Langkawi.

Antara pengisian kursus ini adalah memfokuskan kepada pengenalan dan asas aplikasi reka grafik, penyediaan business card, poster dan asas edit video melalui aplikasi Canva. Dengan mempelajari aplikasi ini, peserta dapat menghasilkan video, brosur, poster, template dan banyak lagi dengan lebih menarik, kreatif dan mudah. Peluang ini perlu diambil oleh semua usahawan Langkawi di mana kemahiran kreatif adalah amat penting bagi menggunakan media sosial secara lebih efektif bagi mempromosikan dan memperkenalkan jenama atau produk mereka kepada orang ramai.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua usahawan untuk terus memajukan perniagaan.

#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi