5 Disember 2019 – Unit Latihan dan Kompetensi (ULK), BSMKP telah menganjurkan Kursus Asas Emergency Response Team (ERT) atau Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) kepada 31 orang peserta yang telah dilantik di kalangan Jawatankuasa Keselamatan Bangunan (Fizikal / Persekitaran) LADA. Kursus ini telah diadakan selama tiga (3) hari mulai 3 – 5 Disember 2019 bertempat di Dewan Besar dan Parkir, Kompleks LADA.
Kursus ini merupakan salah satu keperluan bagi memberi latihan kepada Jawatankuasa Keselamatan Bangunan (Fizikal / Persekitaran) LADA berhubung tatacara keselamatan fizikal / bangunan sebelum melaksanakan latihan kebakaran di premis milik LADA. Selain itu, kursus ini dapat memberi pededahan kepada semua Jawatankuasa yang dilantik meliputi objektif kursus seperti berikut:
a) Melengkapkan pekerja dengan keperluan keselamatan kebakaran, pencegahan kebakaran dan pencegahan kebakaran serta langkah / metodologi yang sesuai untuk bertindak balas terhadap kecemasan kebakaran selaras dengan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
b) Memberi pemahaman mengenai peranan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) sebagai “Responden Pertama” dalam menguruskan kecemasan kebakaran, keselamatan kebakaran dan pencegahan kebakaran.
c) Mengenali pekerja dengan istilah kebakaran, sistem penggera kebakaran, klasifikasi kebakaran, dan jenis peralatan pemadam kebakaran.
d) Pengetahuan mengenai cara kebakaran dan cara perlindungan termasuk jenis peralatan kebakaran yang harus digunakan untuk pelbagai kebakaran.
e) Panduan tentang prosedur pemindahan serta cara terbaik untuk mengukur pintu keluar paling selamat dan bagaimana untuk membantu individu yang terdedah dengan kecemasan.
f) Memahami langkah-langkah kawalan kebakaran yang mesti dilaksanakan oleh majikan dan bagaimana ia perlu dikekalkan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Langkawi. Antara modul yang diketengahkan adalah teori dan amali serta peserta perlu menduduki peperiksaan bagi melayakkan mereka untuk ditauliahkan sebagai TEAM OKK LADA. Berikut merupakan modul – modul kursus:
i. Pengenalan JPM
ii. Akta 341
iii. Asas Pencegahan Kebakaran (Aktif dan Pasif)
iv. Pengungsian Bangunan
v. Terminologi Kebakaran
vi. Peranan Organisasi Kebakaran
vii. Asas Perawatan Perubatan
viii. Tatacara Menyelamat Mangsa
ix. Penggunaan Alat Pemadam Api
x. Sesi Amali Memadamkan Kebakaran
xi. Sesi Amali Kawad Operasi Pam 3A
Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang berlangsungnya kursus ini.