Langkawi, 26 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Kursus Asas Rekabentuk Grafik Menggunakan Adobe Illustrator (AI) selama dua hari bermula pada 25 sehingga 26 Julai 2023 bertempat di Ruang Daya Cipta (RDC) STIE, Kompleks LADA. Kursus ini merupakan Siri ke-2 dan juga dikendalikan oleh En. Mohd. Shahrulnizam Bin Awang, PPKPM di Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Pembangunan Langkawi.

Kursus ini disertai oleh seramai 20 orang yang terdiri daripada usahawan Langkawi, wakil agensi swasta, kakitangan LADA dan juga pelajar. Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan dan bimbingan tentang asas editing menggunakan Adobe Illustrator bagi menghasilkan pelbagai gambar digital dan bercetak seperti grafik, logo dan illustrasi.

Adobe Illustrator adalah perisian grafik vektor standard industri yang digunakan untuk membuat logo, ilustrasi, pembungkusan dan lain-lain. Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta untuk terus meningkatkan kemahiran dan diharapkan ilmu yang diajar akan diaplikasikan dalam pekerjaan ataupun bisnes mereka.