Bahagian Teknologi Maklumat LADA dengan kerjasama PUSPANITA LADA telah menganjurkan Kursus Automasi Pejabat Microsoft Office (Word Dan Excel) pada 24-25 Jun 2024 bertempat di Kompleks LADA. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan teknik penggunaan serta tips & tricks “Microsoft Office” dalam meningkatkan efisiensi produktiviti warga kerja LADA.
Tenaga pengajar iaitu Puan Siti Norshahbandi Abu Bakar didatangkan khas dari INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) serta mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam subjek ini. Skop kursus adalah untuk memberi peserta pemahaman yang komprehensif tentang fungsi-fungsi asas dan lanjutan dalam Microsoft Office Word dan Excel. Penceramah juga mengajar teknik-teknik untuk meningkatkan kepantasan dan ketepatan dalam menggunakan perisian untuk membantu peserta mengurangkan masa yang diambil untuk menjalankan tugas rutin. Pelajar juga diajar untuk melakukan analisa data dengan lebih mudah dan interaktif.