Kursus Pelan Pemulihan Bencana ICT LADA dan taklimat simulasi bencana telah diadakan bertempat di Hotel Bayview, Langkawi untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada pemilik dan pengguna sistem-sistem kritikal di LADA.
Antara tujuan utama kursus ini adalah untuk memastikan respons yang berkesan terhadap insiden luar jangka. Ia juga bagi memastikan pengurusan dan tindak balas terhadap bencana dilakukan dengan teratur dan sistematik. Ini termasuklah perincian langkah-langkah segera yang perlu diambil, penetapan peranan dan tanggungjawab setiap pihak terlibat, serta prosedur komunikasi yang efektif.
Seterusnya satu sesi simulasi bencana ICT telah dilaksanakan di mana semua sistem kritikal
LADA ditutup pengoperasian bagi membolehkan pengujian penuh pemulihan bencana ICT. Pengoperasian perkhidmatan ICT pada ketika ini adalah menggunakan Disaster Recovery Center bagi membolehkan kesinambungan perkhidmatan.