Kursus Pemasaran Digital dan Keusahawanan telah diadakan pada 22-24 Oktober 2022 bertempat di Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia, Laman Budaya, Kompleks LADA. Kursus ini yang dianjurkan oleh Syarikat OneLangkawi bertujuan memberi bimbingan kepada para usahawan Langkawi untuk membangunkan penjenamaan peribadi yang merupakan aspek sangat penting dalam strategi perniagaan. Melalui kursus ini usahawan dapat membina jenama bagi meningkatkan jualan serta dapat memberi kepercayaan kepada orang ramai terhadap perniagaan yang dijalankan.

Kursus ini yang berkonsepkan mentor dan mentee diadakan secara percuma dan disertai seramai 20 orang peserta. LADA sentiasa memberi galakkan kepada usahawan dalam menimba ilmu bagi mengembangkan perniagaan. Selain itu juga dapat mempromosikan penggunaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia sebagai tempat latihan komuniti.

Diharapkan penyertaan dalam kursus ini dapat memberi lebih keyakinan kepada para usahawan untuk membina reputasi yang baik yang merupakan asas kepada perniagaan masing-masing.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA