Langkawi, 8 Mac 2023 – Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku telah diadakan pada 7 dan 8 Mac 2023 bertempat di Pejabat KEMAS Daerah Langkawi. Kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Langkawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan Langkawi bagi menceburi bidang perniagaan makanan berasaskan kuih sejuk beku. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan seramai 40 orang peserta telah terpilih bagi mengikut kursus ini.

Para peserta telah diberi tunjuk ajar berkaitan penyediaan kuih tempatan seperti samosa, pau kukus, cucur badak dan onde-onde. Kursus ini telah dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal dalam penyediaan produk yang bermutu, komersil dan menepati kehendak pelanggan. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di mana peserta sangat berkeyakinan di dalam bidang perniagaan yang bakal mereka ceburi ini.

Adalah menjadi harapan pihak LADA agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju, berinovasi serta berdaya saing pada masa hadapan.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA