Langkawi, 8 Ogos 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah mengadakan Kursus Pembuatan Sabun Homemade Untuk Usahawan Langkawi yang bertempat di Ruang Daya Cipta (RDC) STIE, Kompleks LADA.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada usahawan Langkawi dan dikendalikan oleh Pengasas Mahsuri Gold iaitu Puan Zuliza Binti Zainon. Kursus ini diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang proses dan teknik pembuatan sabun madu kelulut secara homemade. Melalui kursus ini, peserta memperoleh ilmu tentang manfaat madu kelulut bagi kesihatan kulit, mempelajari teknik-teknik pencampuran bahan dalam menghasilkan sabun. Peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan sendiri sabun secara berkumpulan. Selain itu, peserta turut diberi perkongsian tentang Rancangan Perniagaan secara ringkas.

Semoga ilmu yang diberi akan terus memberi inspirasi dan peluang untuk mereka menghasilkan sabun dengan lebih baik dan kreatif.