Kursus Pemerkasaan Usahawan Ke Arah Digitalisasi @Epembayaran telah diadakan pada 03 November 2022 bertempat di Auditorium Kompleks LADA melibatkan seramai 20 orang usahawan. Program pemerkasaan usahawan ke arah digitalisasi dengan kerjasama antara FAMA Langkawi, Paynet Bank Islam & LADA ini bertujuan untuk memacu agenda e-pembayaran nasional iaitu menggalakkan tabiat e-pembayaran atau cashless dalam kalangan masyarakat sebagai kaedah pembayaran utama dalam negara ini.

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Rosmaliana Ramli, Pegawai Solusi Pemasaran Deposit & Tunai dari Bank Islam dan dihadiri oleh usahawan sekitar Langkawi. Antara kelebihan program kerjasama ini, memberi faedah insentif RM100.00 kepada usahawan untuk minimum 10 transaksi yang berlaku di bulan pertama pendaftaran.

Pihak LADA sentiasa prihatin dalam membantu para usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan sumber pendapatan. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua usahawan untuk terus maju ke hadapan.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA