Langkawi, 15-16 Ogos 2023, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah mengadakan Kursus Persyarikatan Bagi Pengurusan Projek Pelaburan Swasta bertempat di Mercure Hotel, Pantai Chenang.

Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan penilaian projek daripada syarikat pelabur yang tersenarai di Bursa Malaysia. Peserta kursus turut didedahkan dengan bentuk perniagaan yang sah serta pemahaman berkaitan syarat-syarat penyenaraian syarikat pelabur di Bursa Malaysia

Ceramah dan aktiviti simulasi telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rasidah Mohd Rashid dan Dr. Hanis Adiela Bt Ibrahim dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan serta Prof. Madya Dr. Shamsul Huda Abd Rani dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan. Ketiga-tiga penceramah adalah tenaga pengajar di Universiti Utara Malaysia.

Kursus selama dua (2) hari ini telah dihadiri seramai 40 peserta terdiri daripada pegawai LADA termasuk anak syarikat LADA iaitu Panorama Sdn. Bhd Dan Langsura Geopark Sdn. Bhd.