Langkawi, 17 Mei 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Kursus Rekabentuk Kalender Media Sosial Untuk Perniagaan bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Kursus ini telah dikendalikan oleh YBrs. Profesor Dr. Hasrina binti Mustafa, pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 23 orang yang terdiri daripada kakitangan LADA dan usahawan Langkawi. Matlamat kursus ini adalah memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu dalam pemasaran media sosial. Di antara intipati modul merangkumi pengenalan dan merangka strategi kandungan media sosial, tips pembinaan dan strategi penjadualan konten yang efektif serta merangka kandungan media sosial melalui aplikasi AI.

Peluang ini perlu diambil oleh semua usahawan Langkawi di mana penggunaan media sosial merupakan saluran yang baik untuk mempromosikan dan memperkenalkan jenama atau produk mereka kepada orang ramai.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua usahawan untuk terus meningkatkan produktiviti dan memajukan perniagaan mereka.