Langkawi, 3 November 2021 – Kursus ‘Smartphone Video Making for Marketing’ telah diadakan dari 1 hingga 2 November 2021 di Dewan Besar Kompleks LADA.

Kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang juga merupakan usahawan dan penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar Langkawi. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk membantu para usahawan menghasilkan video pemasaran produk dan servis bertaraf profesional dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Pada akhir kursus, kesemua peserta berjaya menghasilkan video pemasaran produk dan servis yang menarik hasil bimbingan tenaga pengajar terlatih dari Syarikat Pocket Production. Semoga usaha ini menjadi pendorong kepada semua usahawan untuk terus bersemangat mengembangkan perniagaan melalui platform digital. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus ini.

#KitaJagaLangkawi
#JomTambahIlmu
#DemiLangkawi
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA