Kursus Terokai Pemasaran Baharu Melalui Aplikasi TikTok secara atas talian telah diadakan pada 16 dan 17 Ogos 2021. Kursus anjuran LADA dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ini melibatkan 50 peserta yang juga merupakan pemain industri pelancongan dan usahawan Langkawi.

Penganjuran kursus ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil oleh LADA untuk membantu peserta kursus bagi merangka kempen pemasaran yang lebih berkesan dan menjana pendapatan melalui platform perniagaan Tik Tok yang lebih mudah, menarik dan mempunyai jumlah pelanggan yang berpotensi tinggi.

#KitaJagaLangkawi
#JomTambahIlmu
#LADA&UsahawanLangkawi
#DemiLangkawi